Tuesday, July 22, 2008

Cuci Jiwa

Alkisah tersebut lah satu cerita.

Luqman-Al-Hakim mempunyai seorang anak kecil dalam 10 tahun umurnya. Beliau juga punya seekor keldai. Suatu hari Luqman dan anaknya menziarahi seorang sahabat dihujong kota dengan keldainya. Luqman menunggang dan anaknya menunda keldai tersebut. Perbuatan itu dipersaksikan ramai orang di pasar. Maka berlakulah dialog berikut:

S: Apalah si Luqman ni, dia baguih punya menunggang, anak yg kecil disuruh berjalan. Zalim sunggoh sibapak ini!
J: Hai anakku,naiklah engkau keldai ini,biar ayah yang menunda.
S: Tengok si anak Luqman, apalah punya anak,ayah yang tua disuruh berjalan..dia baguih punya nunggang!
J: Hai ayahku, marilah menunggang bersamaku..
S : Engkau tengok dua beranak tu, adakah patut depa pi tunggang keldai tu berdua..tak kesian ke kat keldai tu?!
J : Wahai anakku, marilah kita berdua turun dan menunda keldai ini bersama!
S : Hangpa tengok si Luqman dua beranak..ada keldai tapi tak ditunggang!!
J : Hai anakku..marilah kita pikul keldai ini..
S : Alahai..apa lah gila si Luqman ni..adakah patut keldai dipikulnya??!!

Pengajaran: buatlah sesuatu perkara kerana ianya benar disisi ALLAH & Islam. Kalau kita buat sesuatu perkara kerana manusia..nescaya tiada apa yang kita buat boleh memuaskan nafsu semua orang. Pasti ada yang menyokong..dan tak kurang yang menentang.

Hehehehe


Salam,


aritu masa balik Kota Tinggi kejap naek bus, tiba kat Larkin, adik ipar aku amik la aku. Masa tu Kul 0200 pagi, aku cakap lapaq, nam pkena roti cnai, dia bawak aku kat kedai ni..tercengang skit aku...tapi tandas dia bersih beb,makanan roti cnai kira lembut la serta saiz yang puas hati..

Tuesday, July 15, 2008

Amani dah Tumbuh Gigi




Salam..

satu berita gumbira buat aku dan wife aku..anakku amani dah tumbuh gigi. dia tumbuh gigi bahagian bawah..sebatang setakat ni..lepas ni aku kena jaga-jaga la takut kena gigit oleh amani..heheheh..sicomelku pun sekarang dah pandai bercakap-cakap walaupun aku tak paham apa yang dia cakap...satu pekembangan menarik ni..

Sunday, July 13, 2008

RM 8 Basuh kete

Meter kete genap 10,000km..nak kena services tuh
arini aku p hantar adik aku ke asrama poli PD, tiket dah abis, tpaksala kami antar kete nak basuh..ya allah..kete punyala kotor..rasa dah sebulan kete aku tak di basuh..

kami sampai bandar botanik kul 2000 hrs n terus beli susu amani..terus g basuh kete..tak nak tangguh2 dah..terus je anta basuh kete..apek kedai tu kata rm 8 jer for basuh and vakum sekali....aku pun on laaa..

hehehe..korang semua mcm mana..rajin ke basuh kete atau anto je ke kedai..hehehehe

yang bestnya kedai ni ada bilik untuk customer yang tengah tunggu kete mereka dibasuh...

Tuesday, July 1, 2008

Xtiviti Buat Makanan Cacing

Xtiviti ni aku buat ngan ahli keluarga aku la..semua tolong...penat beb nak sediakan makanan cacing ni..tapi usaha tangga kejayaan...ni la pic yang sempat aku masukkan dalam blog aku..pertanyaan..just komen ke

Ayah tercinta tengah tolong buat alat untuk ayak Tinja Kambing..dia ni memang pakar dalam bidang tukang-menukang..terima kasih abah..
Tinja kambing yang selepas di hancurkan dan dijemur
Habuk kayu kena rendam sehari dua untuk buang segala bendasing dalam habuk tu
Tinja kambing yang sudah siap di ayak .. ada sepuluh kilo tu


Korang mesti geli kan..











Aku ngan abang aku tuh