salam..
Doam tak diam ..malam ni dah melangkah tahun baru 2009. segala-galanya akan bertambah..dari segi umur, keperluan, tangungjawap dan lain -lain lagi.. bagi kami sekeluarga, tahun depan juga merupakan tahun yang dinantikan sebab amani akan dapat adik bulan 3 nanti..harap korang semua doakan yang terbaik untuk kami semua....
sekian catatan ringkas dari kami...
harap tahun ni..kami business on drop perfumes kami akan bertambah baik..
salam..
aznizan, arnieta dan amani
Wednesday, December 31, 2008
Thursday, December 4, 2008
Salam Aidil- Adha
Salam..
Kami sekeluarga nak ucapkan selamat menyambut salam aidiladha yang akan tiba pada hari Isnin ini. Kami akan merayakannye di Felda air tawar 2, kota tinggi, Johor..
member2 semua..braya di mana? hati2 di jalan raya ok..
Aznizan, Arnieta and Amani

Tuesday, November 25, 2008
Cuci Jiwa 2
Susahnya Menjadi Cerdik Di Kalangan Bodoh!
MENJADI cerdik seribu kali lebih baik daripada menjadi bodoh! Tapi kalau cerdik tetapi menipu dan menyusah orang lain seribu kali tidak guna daripada menjadi bodoh yang baik, tidak mempedulikan orang.
Kali ini saya nak berborak di luar kotak pemikiran biasa, iaini fasal kita yang cerdik ini. Yang tahu menggunakan otak atau melihat sesuatu itu bukan sekadar melihat seperti mana mata ikan kering melihat lautan luas. Seribu kali terpandang lautan terbetang luas pun ikan kering itu tidak akan berusah menggerakan diri untuk terjun ke laut. Kenapa...?
Kadang-kadang teringin untuk tidak mahu jadi cerdik. Kerana dengan cerdik menjadikan kita akan berfikir sebelum menerima sesuatu perkhabaran dengan seadanya saja. Bila kita cerdik kita akan kaji, periksa dan nilai apaklah ia benar atau sebaliknya. Berbeza kalau kita bodoh, ia senang sahaja, biarkan saja otak berkembang dalam tempurung kepala tanpa menggunakannya biarkan ia penuh dengan lemak dan minyak.
Kenapa susah menjadi cerdik, pelik? Bukankah dengan cerdik itu boleh menyelamatkan kita dari ditipu dan diperbodohkan. Cerdik di sini maksudnya kita 'react' kepada sesuatu kejadian. Kita bangkit menilai dan mengkajinya. Menyebabkan kita berfikir dan mencari rumusan kemudian membuat kesimpulan. Dan apabila yang kusut itu tidak menemukan penyelesaian kitaakan menjadikan sebal dan merasa bodoh sendiri.
Saya ambil contoh mengenai isu mengenai senaman yoga yang heboh dipertuturkan sehari dua ini. Senaman itu telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, ianya haram. Lantas ia tidak digalak dilakukan secara sistemetik oleh umat Islam kerana bimbang boleh merosakkan aqidah.
Menurut majlis fatwa itu sekurang-kurang ada tiga asas senaman itu boleh membawa kepada kecacatan aqidah. Antaranya ialah keran ia ada usur mentera jampi, dan usaha (maditasi) penyatuan dengan Tuhan. Tuhan di sini dirujuk kepada Tuhan (Hindu ) sebab yoga itu sendiri sebahagian daripada ritual keagamaan Hindu.
Sepatutnya apabila Majlis Fatwa Kebangsaan sudah memutuskan begitu ia diterima sebagai muktamad dan diamalkan. Kerana keudukan majlis fatwa itu samalah dengan majlis-majlis lain berkuasa ke atas sesuatu bidang. Apabila majlis telah memutuskan demikian ia tidak boleh dipertikaikan lagi.
Sebaliknya keadaan ini tidak berlaku kepada majlis fatwa itu. Masih ada yang mempertikaikan dan mempersoalkan apa yang diputuskan oleh majlis fatwa itu. Bukan setakat itu saja ada yang sampai buat report polis, menyinis dan membantahnya secara langsung. Aksi-aksi itu menggambarkan ilmuan dan mulut ulama sudah tidak dihormati lagi.
Kenapa ini berlaku? Inilah yang saya sebutkan tadi sepatutnya kita jadi bodoh dari hal-hal sebegini menyebabkan kita tidak akan persoalan terhadap apa yang berbangkit. Kalau kita bodoh senang saja apa yang para alim ulama putuskan kita terima, tidak mempersoalkanya lagi. Atau kita langsung tidak mempedulikannya baik tentang ia atau salahnya.
Tetapi kerana kita cerdik, kita menggunakan otak, maka bila berhadapan dengan perkara seperti fatwa itu dipersoalkan maka kita jadi gila sendiri berfikir kenapa ini berlaku. Kita menjadi mangsa keadaan antara benar dengan tidak, terjempit dicelah si pakar dengan sijahil.
Kenapa masih ada yang mempertikaikan keputusan majlis fatwa. Apakah apa yang dibuat itu tidak tepat? Apakah majlis fatwa tidak ada kredibiliti untuk memutuskan perkara itu?
Keadaan inilah membingungkan! Dan seperti saya katakan tadi, perasaan bingung dan tolol ini hanya menimpa diri kita yang berfikir saja. Bagi mereka yang tidak berfikir, tidak merasa apa-apa, malahan sesetengah itu berlaku tidak pun disedari atau dibiarkan saja berlalu. Tidak percaya tanya si tolol dan disboh di jalanan.
Untuk menhindarkan diri dari polemik sebegini menyebabkan sesekali teras ingin membawa diri ke lemah itu; menjadi orang yang tidak mempedulikan kepada perkara-perka melibatkan diri orang lain dan alam sekitar. Sesekali terasa ingin menjadi manusia yang bodoh dan sinting saja. Barangkali orang bodoh sangat sesuai untuk berada di negara ini kerana kerajaan sendiri kadang-kadang bebal dan lembu dalam tindakan-tindakan dan praktikalnya.(di petik dari mso)

Wednesday, November 5, 2008
Tuesday, October 14, 2008
Wednesday, October 8, 2008
SALAM AIDILFITRI
SALAM..
Untuk semua pengunjung blog aku ni..dan kenalan seantero dunia..aku ucapkan selamat hari raya n maaf dzahir batin ya..

Thursday, August 28, 2008
Tuesday, July 22, 2008
Cuci Jiwa
Alkisah tersebut lah satu cerita.
Luqman-Al-Hakim mempunyai seorang anak kecil dalam 10 tahun umurnya. Beliau juga punya seekor keldai. Suatu hari Luqman dan anaknya menziarahi seorang sahabat dihujong kota dengan keldainya. Luqman menunggang dan anaknya menunda keldai tersebut. Perbuatan itu dipersaksikan ramai orang di pasar. Maka berlakulah dialog berikut:
S: Apalah si Luqman ni, dia baguih punya menunggang, anak yg kecil disuruh berjalan. Zalim sunggoh sibapak ini!
J: Hai anakku,naiklah engkau keldai ini,biar ayah yang menunda.
S: Tengok si anak Luqman, apalah punya anak,ayah yang tua disuruh berjalan..dia baguih punya nunggang!
J: Hai ayahku, marilah menunggang bersamaku..
S : Engkau tengok dua beranak tu, adakah patut depa pi tunggang keldai tu berdua..tak kesian ke kat keldai tu?!
J : Wahai anakku, marilah kita berdua turun dan menunda keldai ini bersama!
S : Hangpa tengok si Luqman dua beranak..ada keldai tapi tak ditunggang!!
J : Hai anakku..marilah kita pikul keldai ini..
S : Alahai..apa lah gila si Luqman ni..adakah patut keldai dipikulnya??!!
Pengajaran: buatlah sesuatu perkara kerana ianya benar disisi ALLAH & Islam. Kalau kita buat sesuatu perkara kerana manusia..nescaya tiada apa yang kita buat boleh memuaskan nafsu semua orang. Pasti ada yang menyokong..dan tak kurang yang menentang.

Hehehehe
Tuesday, July 15, 2008
Amani dah Tumbuh Gigi

Salam..
satu berita gumbira buat aku dan wife aku..anakku amani dah tumbuh gigi. dia tumbuh gigi bahagian bawah..sebatang setakat ni..lepas ni aku kena jaga-jaga la takut kena gigit oleh amani..heheheh..sicomelku pun sekarang dah pandai bercakap-cakap walaupun aku tak paham apa yang dia cakap...satu pekembangan menarik ni..
Sunday, July 13, 2008
RM 8 Basuh kete
Meter kete genap 10,000km..nak kena services tuh arini aku p hantar adik aku ke asrama poli PD, tiket dah abis, tpaksala kami antar kete nak basuh..ya allah..kete punyala kotor..rasa dah sebulan kete aku tak di basuh..
kami sampai bandar botanik kul 2000 hrs n terus beli susu amani..terus g basuh kete..tak nak tangguh2 dah..terus je anta basuh kete..apek kedai tu kata rm 8 jer for basuh and vakum sekali....aku pun on laaa..
hehehe..korang semua mcm mana..rajin ke basuh kete atau anto je ke kedai..hehehehe
yang bestnya kedai ni ada bilik untuk customer yang tengah tunggu kete mereka dibasuh...
Tuesday, July 1, 2008
Xtiviti Buat Makanan Cacing
Xtiviti ni aku buat ngan ahli keluarga aku la..semua tolong...penat beb nak sediakan makanan cacing ni..tapi usaha tangga kejayaan...ni la pic yang sempat aku masukkan dalam blog aku..pertanyaan..just komen ke
Ayah tercinta tengah tolong buat alat untuk ayak Tinja Kambing..dia ni memang pakar dalam bidang tukang-menukang..terima kasih abah..
Tinja kambing yang selepas di hancurkan dan dijemur
Habuk kayu kena rendam sehari dua untuk buang segala bendasing dalam habuk tu
Tinja kambing yang sudah siap di ayak .. ada sepuluh kilo tu

Korang mesti geli kan..
Aku ngan abang aku tuh
Korang mesti geli kan..
Aku ngan abang aku tuh
Wednesday, June 11, 2008
Keperluan Amaniku
Salam...
Petang yang boring ni..aku teringin becerita pasal anak kesayanganku..iaitu amani aznizan...maksud aku barang barang keperluannya yang perlu di beli setiap bulan.
Pertama
Kedua
Ketiga
Barang-barang keperluan Amani

Lampin Pakai Buang..kami memilih Huggies sebagai jenama untuk amani..tak tau kena kami pilih jenama ni..mungkin wife aku yang lebih arif pasal ni..aku pun ikut je laaa..sekang dia dah pakai saiz L semalam beli kat 99speedmart erhanya dalam rm34.50. kalau kat econsave rm 39.90 dan baru tadi aku tengok kat giant rm 32.45...tengok brapa banyak beza harga antara kedai - kedai besar kat malaysia nih...
Kedua
Susu Tepung..walaupun amani still menyusu badan (baik untuk kesihatan neh) aku tetap beli susu amani..Kami memilih Jenama susu dari keluaran wyelth iaitu S26. Dia ada 6 step untuk step pertama dari umur sebulan hingga ke 6 bulan.. Amani sekarang berada di stage 2 iaitu 6 bulan ke 12 bulan. susu dia ni ada dua iaitu promil gold and promil biasa je..beza antara dua ialah dia cuma takder AA jer..AA ini istilah zan makanan laa..dia ialah untuk pertumhunan otak baby..tapi aku telpon pusat penerangan ni ..dia cakap kalau baby still nyusu badan..pakai yang promil biasa pun takder masalah...kami kekadang tpaksa beli yang biasa disebabkan kesukaran untuk mendapatkan stok promil gold (tak tau kenapa)..saper yang cadangkan guna susu ni...haaa mak mertu a aku laa..siapa lagi..dia memang arif pasal baby ni..maklumlah..menjaga anak orang..husler ni..harganya? yang 500g (29.00) 700g(39.00) 900g(45.00) ..walaupun mahal kena sediakan sebab itu kan tanggungjawab..
Ketiga
Sabun basuh..demi menjaga kulit amani yang gebu dari diserang ruam..kami telah memilih sabu ABD pureen..hehehe..Dia dalam pek (1.2 kg) harganya dalam rm15.80. tadi baru beli kat Giant.Sebulan ada gak sekotak abis..yer la ibu dia rajin membasuh la katakan..sapa yang cadangkan..rasa mak mertua and isteri aku kot..depa dok bincang laa..tapi bagus laa.anak aku tak pernah la kena ruam kat kulit dia,,sebab tu dia senantiasa comel..
Barang-barang keperluan Amani
Monday, June 9, 2008
Projek 01 : Ternak Cacing
Adik aku siap mintak elaun Busuk katanya..Salam..
Sebelum ni aku ada cakap pasal nak cari pendapatan tambahan kan...so aku pun rancang la beberapa projek yang leh dah dijangkan memberi pulangan sementara aku stabil...hehehe..so aku dan abang aku buatla satu keputusan untuk menternak Cacing....M
Mesti ada yang geli bila dengar Cacing kan..emm..tapi bila kita dah dengar tentang bertapa perusahaan ini boleh buat sedikit duit..mesti korang rasa mahu mencubanya...sekarang kami dah sampai stage
Gambar sekni abang aku tuh..

Stage 1: Membina tempat penternakan cacing...senang je..cari papan yang tak guna , lepas tu buat ukuran yang tertentu( ikut kreativiti kita sebenarnya) selalunya satu petak tu kita akan letak 1 kilo cacing dalamnya...itu tak siap lagi tu..kami rancang nak buat 10kg..tapi masalah teknikal.kami kurangkan kepada 7 kilo je...sambung
Minyak Naik ke Naik Minyak..
salam..
Jumpa lagi kite di arena blog..heheh ..tiap ari ..kat mana-mana je..orang cerita pasal harga minyak naik mendadak..termasuk aku yang turut terkena tempiasnya....aduh!!! betul ke SMS yang adik ipar aku antar pada kul 1901hrs aritu..untuk kepastian ..aku terus bukan utusan online..dah nyata betul sms adik iparku....owah!! minyak naik..dalam pikiranku..baru semalam tuan rumah naikkan sewa umah 50 henggit..ni minyak naik plak...parah...
Kuar umah nak amik amani anak comelku..jiran sound kat aku " itu minyak ar sudah naik oo..itu tadi sudah keluar berita ma..." kata auntie LIM kat aku..aku hanya membalas senyuman sambil di sertakan sedikit komen dan hujah seperti ahli politik berbicara.."auntie..saya pun baru tau tadi..yang pasti beban kita akan bertambah berat lepas ni" hujahku..balas auntie" itu ah..itu bas punya tambang nak naik 40henggit ma..aku terkedu mendengar kata-kata autie LIM tadi..terdetik dalam hati..baru beberapa jam minyak naik..harga tambang bas dah naik..parah kataku lagi..masa ni aku teringat anak ku Amani kat umah mak mertua ku..
Sampai kat umah mak mertua aku soklan pertama dia ajukan kat aku..dah tahu ke minyak naik? aku jawap baru tau je..mak mertua aku kata tak patut la nak naikkan harga sampai mcm tu sekali..sampaikan dia kata kepimpinan sekarang perlu di tukar..(orang lama pun terasa kesan kenaikan harga minyak kata hatiku) bila aku terpandang wajah anak kesayangan aku..Amani..terus lupa pasal harga minyak..di yang masa tu baru 7 bulan lebey dah mula senyum n ketawa bila aku mengambilnya....sayang amani kataku...aku mengelarkan diriku PAPA kepadanya..sementara ibu untuk isteriku...pelik sikit kan..takpelah..janji bahagia...hehehe.
Lepas semayang maghrib..aku p la nak amik wifeku kat stesen komuter Port Klang..baru keluar simpang umah mak mertuaku..eh..ada xcident ke kat depan tu..tak pernah-pernah sesak ni...aku buat bodo je la..pelah-pelah aku lalu kat caltex ..rupannya ini sesak buka pasal xcident..rupanya pasal semua orang naik isi minyak nak penuhkan tangki .pasal esok minyak naik...aku tak isi minyak time tu sebab aku tak bawak cash..hehehe kalau stakat nak isi rm 10 atau 20 baik tak yah q lelama...heheh.. kat caltex ni tak terus sangat..yang paling sesak tahap maximum kat depan lagi..sebab ada 2 stesen minyak kat sana..belak kanan Shell kiri Petronas...mak oi..sesak rabak..dah sampai mcm kat indon..derang ni sesuka je bunyikan hon membabi buta..memang aku rasa dah mcm kat indon masa tu(walau tak penah sampai indon).
setengah jam gak aku nak harungi kesesakan jalan raya tu..tapi redah je kan bak kata nadia...hp aku mengaum..nama my wife terpampang kat screen..aku paham ..mesti dia dah sampai ...
Pulang dari amik wife aku ..kesesakan still lagi berlaku..wife aku yang kurang minat politik pun ada menyuarakan rasa tak puas hati pasal erga minyak naik ....
sekarang ni aku tepikir nak cari duit lebey...side income...leh gak nak tambah pendapatan.....

Saturday, May 31, 2008
Bismillah ....
assalamualaikum semua...
Hari ni merupakan hari pertama aku menulis blog ...terima kasih kepada Isteri tercinta Arnieta bt Rosli dan baby cuteku Amani bt Aznizan atas senyuman kalian yang membuatkan aku senantiasa berada dalam keadaan yang gembira....
Moga dengan kehadiran Blog aku nie..dapatlah kita berkongsi maklumat tentang semua aspek yg ader dalam malaysia nie...

Subscribe to:
Posts (Atom)